Gelagat Mencurigakan Punca Kantoi Wang Palsu

Kajang – Gelagat mencurigakan seorang lelaki di dalam kereta membawa penemuan mata wang AS Dollar palsu bernilai RM106,888 milik suspek.

 

Dalam kejadian jam 3.15 petang kelmarin, sepasukan anggota polis menemui suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan letak kenderaan di pangsapuri Taman Lagenda Mas, Batu 9, Cheras di sini.

 

Timbalan Ketua Polis Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil pemeriksaan polis menemui 300 keping not kertas bernilai AS Dollar 100 setiap keping.

 

Menurutnya, wang palsu AS Dollar 30,000 (RM106,888) itu dipercayai mahu diserahkan suspek berusia 26 tahun kepada rakannya.

 

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan lelaki berusia 55 tahun yang tinggal di pangsapuri itu.

 

“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” katanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang di sini, semalam.

 

Menurutnya, polis masih belum menerima laporan dari mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan wang palsu itu.

 

“Polis akan melakukan siasatan untuk memastikan sumber wang palsu itu diperoleh,” katanya. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.