Dua Maut Dalam Tembakan Di Universiti

Dua terbunuh di dalam kampus University of South Carolina (USC), pada Khamis.

 

Jabatan Polis Columbia menerusi Twitternya memaklumkan, kes yang diklasifikasikan sebagai insiden terpencil itu, berlaku di Sekolah Kesihatan Awam universiti berkenaan.

 

Susulan itu, seluruh kampus University of South Carolina dikepung pasukan keselamatan.

 

“Ia adalah kes bunuh dan membunuh diri…insiden terpencil di Sekolah Kesihatan Awam USC,” demikian status yang dimuat naik Jabatan Polis Columbia di Twitternya.

 

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang South Carolina, Thom Berry berkata, pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian di Sekolah Kesihatan Awam itu, pada jam 12.56 tengah hari.

 

“Tiada penembak aktif, melainkan dua individu yang sudah mati,” katanya yang enggan mendedahkan sama ada mangsa terbabit adalah penuntut, pensyarah mahupun orang luar.

 

Pembantu pentadbiran universiti berkenaan, Barbara Reager berkata, pekerja dan orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian bertindak melarikan diri, selepas diarahkan polis untuk mengosongkan kawasan itu.

 

Universiti terbabit mengeluarkan amaran dan membuat pengumuman melalui sistem kabelnya, bagi menasihatkan pelajar dan pensyarahnya supaya berada dalam bangunan masing-masing. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.