‘Bolton Tewas Kerana Pengadil’

PENGENDALI Bolton Wanderers, Neil Lennon tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dinilai menjadi punca kekalahan pasukannya, 2-1, menentang Liverpool, semalam.

 

Dalam aksi ulangan pusingan keempat Piala FA di Macron Stadium itu, Bolton terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Neil Danns dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-66.

 

Lennon juga meragui tindakan pengadil perlawanan memberikan penalti kepada pasukannya, m-59.

 

“Martin Skrtel tidak melakukan pelanggaran terhadap Zach Clough. Saya tidak yakin apakah itu penalti?” katanya.

 

Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers juga mempunyai pendapat sama dengan Lennon.

 

“Anda boleh melihat ulang tayang perlawanan itu. Ia jelas bukan penalti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.