AllianceDBS Kekal Unjuran Pertumbuhan KDNK 2015 Pada Lima Peratus

AllianceDBS Research Sdn Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2015 pada lima peratus dengan risiko penurunan dalam persekitaran luar yang mencabar.

 

Firma penyelidikan itu juga menjangka pengurangan lebihan akaun semasa berbanding KDNK kepada kira-kira dua peratus tahun ini daripada lima peratus yang dianggarkan tahun lepas setelah ekonomi maju dan China terjejas.

 

“Indeks pembuatan China pada Januari memasuki fasa penyusutan manakala ekonomi maju utama kini bergelut dengan risiko inflasi yang rendah disebabkan oleh penurunan harga tenaga,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Ia berkata Malaysia dapat mencatatkan pertumbuhan eksport 6.4 peratus tahun lepas tetapi prestasi eksport negara susut daripada pertumbuhan 12.5 peratus pada separuh pertama kepada pertumbuhan satu peratus pada separuh kedua setelah permintaan tidak menentu.

 

AllianceDBS Research berkata dengan sejumlah besar pertumbuhan eksport disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan gas asli cecair (LNG), eksport komoditi utama lain seperti petroleum mentah, produk petroleum dan produk minyak sawit (secara kolektif kira-kira 15 peratus jumlah eksport) kini dalam aliran penurunan.

 

Mengenai masa depan, ia berkata eksport LNG dijangka perlahan pada bulan-bulan akan datang, dan menambah lagi tekanan terhadap pertumbuhan exports. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.