17 Maut Dalam Kebakaran Pasar Borong

Lebih 17 terkorban, apabila sebuah pasar borong di Wilayah Guangdong, selatan China dijilat api, semalam.

 

Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran yang berlaku pada petang Khamis di tingkat empat pasar borong itu, berjaya dipadamkan pada sebelah malam.

 

Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, kebakaran itu bermula pada jam 1.51 petang (waktu tempatan) di tingkat teratas sebuah gudang empat tingkat di Daerah Huidong.

 

Seramai 120 anggota bersama 20 jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

 

Tambahan 150 anggota bomba dari bandar-bandar sekitar turut menyertai operasi itu.

 

Kebakaran berjaya dipadamkan sekitar jam 7.35 malam, dengan lima mangsa diselamatkan.

 

Namun, empat anggota bomba cedera, termasuk seorang dalam keadaan serius.

 

Menurut mangsa terselamat, lebih 10 orang masih terperangkap di tingkat empat bangunan itu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.