Jazlan Harap ‘Pembangkang Broker’ Ditolak Dalam Pemilihan Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bukan cuma dalam kerajaan, bahkan kini dalam Umno juga ada pembangkang yang layak digelar ‘pembangkang broker’.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, ‘pembangkang broker’ dalam Umno ini sudah berkali-kali berlaku curang malah berharap golongan ini akan ditolak dalam pemilihan Umno akan datang.

“Ingatkan dalam kerajaan saja ada pembangkang, rupanya sekarang ni dalam Umno pun ada pembangkang, bila parti buat keputusan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tubuhkan Kerajaan Perpaduan, mereka bangkang dan kutuk, semua tak betul.

“Tapi bila mereka senyap-senyap nak sokong Perikatan Nasional (PN) ikut pintu belakang..tak salah pulak.

“Tapi saya tak hairan pun sebab mereka dah berkali-kali berlaku curang pun. Inilah yang dipanggil ‘pembangkang broker’, katanya pada Jumaat.

Malah tegas beliau, ada sesetengah pimpinan berada dalam Umno untuk melemahkan Umno.

Jazlan juga mendakwa golongan ini pengecut dan “saboter”.

“Golongan pengecut uni bila kita kalah itu hari ada yang lari llintang pukang, ada yang senyap, ada yang kacang lupakan kulit. Ada yang jadi “saboter” di bawah broker kategori broker tapi kerja dia nak sabotaj parti.

“Kalau mereka sekarang timbul balik kata Umno salah arah, umno dipimpin oleh orang yang tak jaga kepentingan parti. Hey, semasa 5 tahun mereka ada di mana? Bila bertanding pun nak tanding bawah tiket Umno-BN, kat Perlis lompat masuk PN.

“Mereka ini kalau ya pun keluarlah, tunjuklah muka kalau masih nak jadi pengecut lagi saya harap ahli Umno tolaklah mereka pada pemilihan akan datang kerana kita nakkan orang yang ikhlas dalam perjuangan, kita nak orang tak pentingkan diri sendiri dan boleh hidupkan semula Umno,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat