Tukar Kerajaan, Tiada Kebaikan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR –  Pertukaran kerajaan semenjak pilihan raya yang lalu tidak memberi makna jika tiada manfaat yang diterima oleh rakyat. 

Demilian kata Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menerusi Twitternya. 

Beliau merujuk kepada laporan berita mengatakan nelayan kini hidup terhimpit oleh kerana ketiadaan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan semenjak mentadbir. 

“Era #PH bantuan2 dikurangkan & idea utk selesai masalah tidak praktikal. 

“Tidak ada manfaat tukar Kjaan jika tiada kebaikan kpd rakyat,” katanya. 

Keadaan ini tambah Ahmad jauh berbeza semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang setiap bulan tidak pernah meminggirkan golongan nelayan. 

“Era #BN kita prihatin hidup rakyat termasuk nelayan. Bantuan bulanan diberi. Subsidi minyak ada. Insentif pendaratan ikan. Baiki rumah mereka,” tambahnya.

Dilaporkan nelayan menyuarakan harapan mereka agar kerajaan turun padang melihat sendiri masalah dihadapi golongan nelayan kerana mereka juga perlukan perhatian akibat pendapatan yang semakin menurun.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.