Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDPA

KUALA LUMPIR – Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara.

“Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agcng XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkam perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Baginda turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

“Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini,” kata kenyataan dua muka surat itu lagi.

Sultan Muhammad V dilantik memegang jawatan itu pada 13 Disember 2016 dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad sebelum ini beristirehat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu dengan tugas Yang di-Pertuan Agong dipangku timbalan baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak. 

Terdahulu  Gagasan Tiga Malaysia (G3) meminta supaya pihak berkuasa menyiasat wujudnya desakan supaya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melepaskan jawatan.

Pengerusi G3, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, spekulasi yang semakin menular dalam kalangan rakyat menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu meresahkan rakyat.-SuaraTv

2 thoughts on “Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDPA

  • January 7, 2019 at 9:08 am
    Permalink

    Biarlah SPBYDA mungkin ada alasan tersendiri… terima kasih Tuanku mentadbir malaysia sebaik2nya.. semoga Tuanku sentiasa sihat sejahtera dalam kurniaan allah swt.

    Reply
  • January 7, 2019 at 9:10 am
    Permalink

    Usah buat andaian2 yg tak munasabah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.