Sedih Kucing Hilang, Rita Rudaini Buat Solat Hajat

KUALA LUMPUR — Pelakon Rita Rudaini membuat “solat hajat” dan berharap kucing yang hilang pada 2 Januari lalu dijumpai semula

Menganggap haiwan itu “macam anak dan keluarga sendiri” Rita, 42, berkata “Pekan” hilang setelah sehari dipinjam kawannya di Semenyih untuk “dikahwinkan”.

“Solat hajat, doa, merayau kawasan rumah orang sampai 3-4 pagi saya buat..segala tips saya ikut…” kata pelakon “Akak Mekanik”.

“Dah dua malam saya dan sahabat saya datang jauh ke Semenyih untuk cari Pekan… Malam tadi sampai pukul 3 pagi kami mencari.. Tak kira penat”.

Percaya pencinta kucing “tahu perasaannya”, Rita merayu penduduk Semenyih yang ternampak atau terambil haiwan itu memulangkan semula kepadanya.

“Kalau anda hilang anak, orang nak ganti dengan anak lain, adakah ia logik atau sama macam anak kita sendiri?” katanya yang memuatkan foto kucing itu di Instagramnya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.