Saifuddin Nasution Jamin KPDNHEP Siasat aduan Najib Razak

KUALA LUMPUR – Hari ini bekas Perdana Menteri membuat tinjauan harga barangan di Pasar Keramat di ibu kota. 

Beliau setelah itu menerusi Facebooknya mendakwa berlaku kenaikan harga sekilogram ayam. 

Kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan akan menyiasat perkara tersebut dan melanjutkan aduan Najib kepada penguatkuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan. 

“Terima kasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasa WP Kuala Lumpur KPDNHEP untuk siasatan lanjut. 

“Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” katanya menerusi Twitter. 

Najib tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan masa kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk.

Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.

Najib berkata, hasil tinjauan mendapati rakyat masih berdepan dengan kenaikan harga barang meliputi telur, ikan, sotong dan ayam.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.