Rakyat Bosan Kerajaan PH Asyik Cakap Pasal Hutang dan Menyalahkan Pihak Lain – Azmin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta pihak tertentu menghentikan cakap politik yang merugikan, kerana tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masa kini ialah memberi pembelaan sewajarnya kepada rakyat.

Kata Timbalan Presiden PKR itu, selepas PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan membentuk kerajaan Persekutuan, tumpuan Kabinet PH ialah memulihkan ekonomi, bukan bergaduh dalam politik.

“Tanggungjawab kita ialah memberi aspirasi kepada rakyat, bukan lagi bercakap pasal hutang negara dan apa yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Rakyat sudah bosan dengan cakap-cakap politik, menyalahkan antara satu sama lain dan bercakap pasal hutang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan ‘Simfoni’ Rumah Selangorku @ EcoMajestic di Semenyih, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Nazmi Osman; dan Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin.

Menurut Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, perancangan kerajaan PH ketika ini ialah memikirkan bagaimana mahu memastikan pembangunan ekonomi Malaysia terus dirancakkan.

“Kita tidak mahu satu dua isu (akan) menjejaskan pembangunan. Dan kita juga tak mahu bincang hal hutang sahaja. Kita turut fikirkan macam mana nak kembangkan ekonomi negara.

“Kita juga tak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan ini sehingga kita sendiri terabai dengan urus tadbir,” katanya. – MalaysiaGazette

Berita Berkaitan;-

Hutang RM 1 Trillion: Guan Eng Putar Belit Untuk Tipu Rakyat, Tapi Kantoi Di Parlimen

Kerajaan PH Manipulasi Isu Hutang Sebagai Alasan Tidak Laksana Janji Manifesto

Negara Hilang Hasil RM50 Bilion Selepas Hapuskan GST, Itu Isu Sebenarnya

Dokumen Kerajaan PH Akui Hutang Negara RM688 Bilion, Bukannya 1 Trilion

FELDA Mula Jual Aset, Alasan Tampung Hutang

Hansard Parlimen Dedah Lim Guan Eng Gagal Jelaskan Isu Hutang

Laporan Bank Dunia Sangkal Dakwaan Hutang Negara Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.