Perbadanan Putrajaya Naikkan Kadar Sewa Bulanan Kuarters

KUALA LUMPUR – Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menaikkan kadar baharu sewaan bulanan bagi kuarters Blok F dan G Presint 11 antara RM600 hingga RM800 sebulan mulai Januari ini.

Berbanding sebelum ini, penyewa hanya dikenakan sewaan antara RM400 hingga RM500 sebulan.

Alasan kenaikan sewa baharu itu dikatakan berpunca dari kos penyelenggaraan dan pembaikian kuarters yang dikatakan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sewaan tidak pernah dinaikkan sejak 2007.

Notis itu juga turut menyatakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj diberitahu, kadar sewa hasil nilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kuala Lumpur dan kadar sewaan bagi kawasan sekitar juga mengalami peningkatan.

Berikutan kenaikan itu yang berkuatkuasa sebaik kontrak lama tamat, kadar baharu sewaan bagi Blok F ialah RM800 bagi tingkat 1 hingga 15 dengan pendahuluan dikenakan tiga bulan sewaan dan RM150 bil utiliti.

Blok G pula, bagi aras bawah dan aras 1 sewaan dikenakan sebanyak RM800, diikuti aras 2 (RM700), aras 3 dan 4 (RM600), juga pendahuluan dengan tiga bulan sewaan dan RM150 bil utiliti.

PPj telah membuka penyewaan kuarters di Presint 11 mulai 2007 dan sejak dari tarikh itu kadar sewaan kuarters tidak pernah berubah sehingga kini (2018) iaitu pada kadar RM400 hingga RM500 seunit. – MalaysiaGazette

One thought on “Perbadanan Putrajaya Naikkan Kadar Sewa Bulanan Kuarters

  • January 7, 2019 at 1:27 pm
    Permalink

    PH patut kawal ekonomi rakyat?? Apa sbb naikan sewa?? Baru 7bulan perintah mcm2 sewa naik?? Amacam ni??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.