Kayveas Bertanding Di Cameron Highland

KUALA LUMPUR -M Kayveas mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland.

Katanya keputusan itu telah disepakati oleh MyPPP menerusi  mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi.

“Ini merupakan situasi yang unik. Ada 222 kerusi parlimen dalam salah satunya, Cameron Highlands mengadakan PRK, ini merupakan kerusi sama yang kami sudah minta dan kerja keras sebelum ini.

“Jadi kami tidak akan lepaskan peluang ini (untuk bertanding),” katanya pada sidang media di luar pejabat MyPPP di Kuala Lumpur hari ini.

Kayveas sebelum ini pernah melobi untuk bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 namun BN meletakkan calon MIC, C Sivarraajh, yang seterusnya memenangi kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya mengarahkan kerusi berkenaan dikosongkan selepas mendapati berlaku pembelian undi yang membawa kepada kemenangan Sivarraajh pada PRU ke-14.

Kayveas memberi jaminan akan membuat kejutan pada tempoh berkempen untuk PRK itu kelak termasuklan mengginakan isu pekerja, alam sekitar, perumahan, Orang Asli dan tanah.

Tambah Kayveas lagi, PRK berkenaan akan lebih bergantung kepada jentera kempen dan beliau yakin mempunyai anggota parti yang ikhlas membantu kempennya.

Bagaimanapun, kata Kayveas, MyPPP terbuka dengan sebarang sumbangan.

Kayveas dilaporkan mendakwa Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada MyPPP jika beliau bertanding.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.