Twitter Kata Pemimpin Dunia Seperti Trump Punyai Status Istimewa

Twitter Inc pada hari hari Jumaat mengulangi pendiriannya bahawa akaun pemimpin dunia mempunyai status istimewa di rangkaian media sosial itu, menolak desakan pengguna yang meminta syarikat itu menyahkan Presiden AS Donald Trump.

“Menyekat seorang pemimpin dunia dari Twitter atau mengeluarkan Tweets kontroversi mereka, akan menyembunyikan maklumat penting yang orang dapat lihat dan membahaskannya,” kata Twitter dalam satu catatan di sebuah blog korporat.

Twitter telah menyatakan pada bulan September bahawa “nilai berita” dan sama ada sesuatu tweet itu “berkepentingan awam”, adalah antara faktor yang dipertimbangkan sebelum mengeluarkan sesuatu akaun atau tweet.

Perdebatan mengenai tweet Trump, tercetus selepas Trump berkata dari akaun @realDonaldTrump pada hari Selasa bahawa dia mempunyai butang nuklear “yang lebih besar” dan “lebih kuat” daripada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Pengkritik berkata tweet dan kehadiran Trump yang berterusan di rangkaian itu, membahayakan dunia dan melanggar larangan Twitter mengenai ancaman keganasan. Sesetengah pengguna membantah di ibu pejabat Twitter di San Francisco pada hari Rabu.

Twitter menjawab dalam catatan blognya bahawa jika ia menghalang seorang pemimpin dunia, tindakan itu tidak akan menutup mulut pemimpin berkenaan.

Syarikat itu berkata ia ada menyemak tweet oleh pemimpin dunia dan menguatkuasakan peraturannya dengan sewajarnya, termasuk kemungkinan ia boleh mengeluarkan sesetengah bahan yang dinaikkan oleh mereka.

“Tiada akaun orang tertentu yang melonjakkan pertumbuhan Twitter, atau mempengaruhi keputusan berkenaan,” tambah syarikat itu. “Kami bekerja keras untuk kekal tidak berat sebelah dengan menitik beratkan kepentingan awam.”

Rumah Putih tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan omen mengenai kenyataan Twitter itu.

Sesetengah pengguna Twitter menyatakan sokongan terhadap keputusan syarikat itu, sementara yang lain mengadu tentang dwi-standard.

“Sekiranya saya tweet separuh daripada apa yang Trump (tweet) sejak dia memegang jawatan, saya akan diharamkan secara kekal dari platform ini,” seorang pengguna Twitter menulis dari akaun @michaelranaii. [Baca berita penuh]- Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.