Tular Keluarga Turunkan Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan, Begini Gambar Sebelum Dan Selepas

Menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi keluarga yang berasal dari China ini memutuskan untuk diet bersama-sama

Keluarga ini juga menjadi inspirasi pada masyarakat yang mahu menurunkan berat badan dalam masa 6 bulan!

Jurugambar Cina berusia 32 tahun, Jesse, mempunyai satu matlamat apabila dia memutuskan untuk ‘fit’ dengan melibatkan seluruh ahli keluarganya dalam misi tersebut.

Apa yang menarik perhatian, kesemua mereka bersetuju untuk menjalankan transformasi ini bersama-sama selama 6 bulan.  Gambar sebelum dan selepas itu kelihatan sukar dipercayai!

Semuanya bermula apabila ibu Jesse membuat keputusan untuk berpindah bersamanya kerana ingin membantu isterinya yang sedang hamil.

 

 

Selepas itu, Jesse menjemput ayahnya yang pada masa sama menjalankan perniagaan kilang buluh untuk menyertai mereka.  Mereka memulakan misi ini dengan berjalan secara pantas, perlahan-lahan menjadi ‘jogging’ dan seterusnya ke pusat gimnasium untuk latihan berat.

Mereka mendokumentasikan perjalanan misi kurus mereka dengan mengukur badan setiap 10 hari.  Hasilnya sangat menakjubkan!

Jadi, dah sedia untuk resolusi kurus 2018 anda?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.