Penggal Kepala Kawan Dan Campak Ditingkap Apartment

Penduduk di sekitar bangunan apartmen di bandar Veliki Novgorod, Russia, gempar dengan penemuan potongan kepala manusia.

Kepala tersebut disyaki dilempar seorang lelaki melalui tingkap pangsapuri ketika malam tahun baru.

Penduduk yang menjumpai potongan kepala itu terus melaporkan kepada polis.

Polis kemudian menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun. Polis mengatakan,lelaki itu kemudian memberikan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan insiden mengerikan tersebut.

Berdasarkan keputusan siasatan, polis berkata tragedi bermula apabila dua lelaki minum bersama di sebuah apartmen yang kemudiannya berakhir dengan pertengkaran.

Kemudian seorang dari mereka menyerang dengan menggunakan pisau dapur.

Polis menambah pelaku yang dikatakan itu kemudian memenggal kepala kawannya dan melemparkan kepalanya keluar dari tingkap pangsapuri.

Suspek dilaporkan cuba melarikan diri dengan memanjat ke balkoni sebuah apartmen bersebelahan tetapi dilihat oleh penduduk yang kemudian dilaporkan kepada polisi.

Polis akhirnya berjaya menahan lelaki yang merupakan satu-satunya suspek dalam kes pembunuhan sadis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.