Pakar Psikiatri Dakwa Trump Tertekan

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 12 anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), kebanyakannya daripada Parti Demokrat diberi taklimat oleh seorang profesor dari Universiti Yale mengenai kesihatan mental Presiden Donald Trump, lapor media tempatan semalam.

Menurut AFP, Taklimat oleh Dr. Bandy Lee yang merupakan penyunting buku berjudul The Dangerous Case of Donald Trump: Psychiatrists and Mental Health Experts Assess a President itu berlangsung pada 5 dan 6 Disember lalu.

“Anggota-anggota Kongres ini berkata, mereka sangat bimbang mengenai hal itu, ketidakstabilan mental Presiden (Trump) membahayakan negara,” kata Lee kepada saluran berita CNN, petik Kosmo

“Mereka tahu kebimbangan mengenainya meluas dalam kalangan wakil rakyat Parti Demokrat tetapi ia sebenarnya bergantung kepada kepimpinan Parti Republikan. Trump akan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal ekoran tekanan akibat tanggungjawab sebagai Presiden AS,” tambahnya.

Semua anggota Kongres yang menghadiri taklimat itu merupakan wakil rakyat Parti Demokrat kecuali seorang dan Lee enggan mendedahkan identiti wakil Parti Republikan tersebut.

Penilaian mengenai tahap kesihatan mental Trump bagaimanapun melanggar peraturan Persatuan Psikiatri Amerika yang melarang ahlinya memberikan pandangan profesional mengenai kewarasan seseorang sebelum menemui mereka dan membuat penilaian secara peribadi.

Jurucakap White House, Sarah Sanders menolak kenyataan Lee sebagai memalukan dan tidak munasabah.

“Jika Trump tidak waras, beliau tidak mungkin menduduki kerusi White House dan tidak mampu mengalahkan calon paling berkelayakan (Hillary Clinton),” kata Sanders.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.