David Letterman Bakal Gegar Industri Penyiaran

WASHINGTON – Siapa yang tak kenal David Letterman?

Beliau bakal kembali menjadi pengacara program bual bicara baharu pada bulan ini.

Lebih memeranjatkan, apabila menampilkan tetamu khas, bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada program 12 Januari.

Jemputan lain termasuk George Clooney, Malala Yousafzai, Jay-Z, Tina Fey dan Howard Stern.

Program satu jam itu dijangka menampilkan topik kontroversi, termasuk menyentuh isu-isu di luar studio, petik Awani

Kali terakhir Letterman menjadi pengacara ialah pada 2015 melalui rancangan “Late Show With David Letterman” di syarikat penyiaran terkenal CBS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.