2 Pesawat Bertembung

TORONTO – Puluhan penumpang dipindahkan di Lapangan Terbang Pearson di Toronto semalam, selepas pesawat yang ditolak dari pintu pagar merempuh sebuah jet yang tiba, kata WestJet Airlines dalam kenyataan.

Reuters melaporkan, Pertembungan kedua-dua pesawat Sunwing Airlines dan WestJet Airlines menyebabkan kebakaran, yang berjaya dipadamkan pasukan bomba, menurut laporan stesen penyiar Kanada, CP24, memetik kenyataan saksi, petik BH

Semua penumpang selamat, kata saksi.

Lapangan terbang Pearson, dalam Twitter berkata kru bomba dan kecemasan bertindak kepada kejadian membabitkan dua pesawat di Terminal 3, dan penumpang dipindahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.