18 Maut Cuaca Sejuk Ekstrem

NEW YORK – Cuaca sejuk ekstrem yang melanda Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian timur laut negara itu sudahpun mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.

Salji yang turun dengan lebat pada Jumaat memaksa petugas jalanan bertungkus-lumus membersihkan laluan umum meskipun dalam suhu yang jatuh menjunam, lapor Reuters.

Keadaan sejuk luar biasa dijangka terus melanda New England hingga ke bahagian barat tengah AS dan ke Carolina. Dalam beberapa hari mendatang, bacaan suhu diramalkan jatuh lagi antara 1 hingga 7 Celsius berbanding suhu purata yang sudahpun di bawah paras beku.

Dari Baltimore ke Caribou, Maine, petugas terus menjalankan kerja-kerja luar dalam suhu 40 darjah Celsius di bawah paras beku di beberapa kawasan selepas terbenam matahari.

Dari Baltimore ke Caribou, Maine, petugas terus menjalankan kerja-kerja luar dalam suhu 40 darjah Celsius di bawah paras beku di beberapa kawasan selepas terbenam matahari

Dalam kejadian pada Jumaat di North Charleston, South Carolina, keadaan jalan raya yang licin mengakibatkan sebuah kenderaan tergelincir lalu melanggar mati seorang pejalan kaki. Pemandu kereta tersebut yang berusia 17 tahun telah ditahan dan didakwa memandu terlalu laju dalam situasi tersebut.

“Keadaan bahaya amat nyata. Permukaan berais di mana-mana di kota ini. Duduk saja di rumah,” kata pihak berkuasa menerusi Twitter, petik Awani

Seorang pakar meteorologi menerusi perkhidmatan AccuWeather, Dan Pydynowski, juga memberi amaran: “Keadaan sangat berbahaya. Sebarang permukaan kulit yang terdedah boleh membeku dalam beberapa minit.”

Cuaca sejuk buat masa ini menjejaskan kedatangan pelancong ke New York, dengan semua tempat pelancongan seperti tugu peringatan dan arca awam diselubungi ais. Malah, ada yang berpendapat, kesejukan itu lebih dahsyat dari London.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.