Ustaz Bollywood Rindu Nak Berdakwah

KUALA LUMPUR –  Ustaz Haslin Baharim yang menerima rawatan sejak 31 Oktober lalu akibat masalah tulang belakang mengakui rindu untuk berdakwah.

 

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Bollywood, 48, sudah dipindahkan ke sebuah hospital swasta sejak 23 Disember lalu selepas 53 hari mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, petik Metro.

 

“Saya rindu untuk kembali berceramah,” itu kata pendakwah bebas itu.

Tambahnya, meskipun terpaksa mendapatkan rawatan fisioterapi dan susulan hampir setiap hari, beliau menyatakan keadaannya kini stabil dan sudah 90 peratus pulih.

 

“Memandangkan saya tidak boleh berjalan, berdiri dan duduk lama, saya terpaksa menerima rawatan untuk memastikan tahap kesihatan saya betul-betul memuaskan.

 

“Sudah dua bulan lebih saya tidak berceramah, rindu pula untuk berceramah semula.

 

“Saya berharap rakan dan mereka yang mengenali saya mendoakan kesihatan saya supaya saya boleh meneruskan aktiviti dakwah serta penulisan saya,” katanya.

 

Menurutnya, beliau gembira kerana ramai yang tidak putus-putus datang menziarahinya ketika di Hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.