‘tauke Judi Cuba Sogok Jamal RM1 Juta’

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos Mendakwa beliau telah ditawarkan wang berjumlah RM1 juta sebagi wang sogokan.

 

Menurut beliau, beliau menerima tawaran sogokan tersebut daripada tauke-tauke mesin judi dalam bentuk bayaran wang tunai setiap bulan.

 

Ekoran daripada itu, terdapat individu yang mengirimkan sejumlah wang kepadanya dalam sebuah beg.

 

“Saya menerima banyak pangilan oleh toukeh mesih judi. Utk berjumpa dgn saya dan menawarkan wang ringgit juga bayaran setiap bulan dengan jumlah yangg sangat memeranjatkan saya.

 

“Dan baru sebentar tadi saya di berikan sebuah beg yg di katakan berisi Rm1 juta,”katanya dalam mesej yang dihantar melalui aplikasi Whatsapps.

 

Tindakan tersebut mendapat reaksi spontan daripada Jamal apabila beliau mencampakkan kembali wang tersebut kepada tauke tersebut.

 

Terdahulu, Jamal telah menyerbu pusat-pusat judi di sekitar Sungai Besar setelah hotel miliknya disita.SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.