Paparazzi, Pemilik Majalah Terima Padah, Langgar Privasi Kate Middleton

Paparazzi dan pemilik sebuah majalah yang merakam mengambil foto dada Kate Middleton dilaporkan telah di heret ke muka pengadilan dan menjalani perbicaraan. Keenam individu itu didakwa telah melanggar privasi Duchess of Cambridge tersebut.

 

Kesemuanya bakal berdepan hukuman penjara selama setahun dan di denda sebanyak 45,000 euro (kira-kira RM21,3242) terbukti bersalah.

 

Para paparazzi terbabit sebelumnya telah melanggar privasi Kate Middleton dengan diam-diam mengambil fotonya saat berjemur dalam keadaan dada terdedah ketika di Perancis Selatan.

 

Walaupun Kate dan Pangeran William tak berada di mahkamah, namun mereka menaruh perhatian besar terhadap kes ini.

 

Kejadian tersebut berlaku ketika Kate dan William sedang bercuti di Chateau d’Autet pada bulan September 2012.

 

Seorang jurugambar berjaya merakamkan foto Kate mendedahkan dadanya. Semua foto tersebut pertama kali disiarkan secara eksklusif dalam majalah Perancis Closer dan akhbar tempatan La Provence.

 

Marah dengan penyiaran foto tersebut, Kate dan William telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Sementara beberapa majalah dan suratkhabar seperti di Ireland, Italy, Denmark dan Sweden akur apabila diarahkan agar menghentikan penyiaran gambar tersebut.

 

Selain denda dan penjara, majalah Closer bakal ditutup jika terbukti terlibat dengan menyebarkan foto tersebut.-MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.