Suri rumah maut motosikal ditunggang terbabas selepas diragut

MANJUNG: Seorang suri rumah maut akibat motosikal ditunggangnya terbabas selepas diragut di Taman Bintang, Pantai Remis, di sini, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.19 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lau Kwi Lan, 57, dikatakan menunggang motosikal bersendirian dari arah Pantai Remis menuju rumahnya di Taman Melati Pantai Remis.

 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, sebaik tiba di jalan dalam Taman Bintang, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas hingga terlanggar pokok kelapa sawit di bahu jalan sebelah kiri.

 

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sri Manjung dan disahkan meninggal dunia ketika sampai.

 

“Anak mangsa mendakwa sempat berjumpa dengan mangsa sebelum ibunya meninggal dunia dan mangsa memberitahu yang dia diragut ketika menunggang motosikal dan menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, maklumat peragut terbabit tidak diperoleh dan siasatan lanjut masih diteruskan. BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.