Mayat mangsa, seorang pesara tentera, Elias Hasan, 65, dan isteri, Saayah Mat Tahir, 54, ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 7 pagi.

Kejadian disedari seorang penduduk ketika pulang dari pekan Kuala Pegang selepas solat Subuh di Masjid Ketemba kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wari Kiew mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi. – UTUSAN ONLINE