Presiden FIFA: Putera Ali mahu cabar Sepp Blatter

Putera Ali bin Al Hussein dan Sepp Blatter (gambar kecil).

HONG KONG: Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan, hari ini berkata beliau akan mencabar Sepp Blatter untuk jawatan presiden badan induk itu, Mei ini.

 

“Saya akan mencabar jawatan presiden FIFA. Saya percaya sudah tiba masanya untuk mengalih fokus daripada kontroversi pentadbiran dan kembali kepada sukan,” katanya dalam Twitter rasminya.’ – AFP

 

Putera berusia 39 tahun itu difahamkan mendapat sokongan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan presidennya, Michel Platini.

 

Pemilihan pucuk pimpinan baharu akan diadakan di Zurich pada 29 Mei ini dengan Blatter mahu mendapat mandat buat kali kelima pada usia 79 tahun. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.