Imigresen Thailand Turut Bantu Mangsa Banjir

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Imigresen Thailand di Songkhla turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir negara ini.

Bantuan berupa beras, makanan dalam tin dan barangan keperluan lain diserahkan oleh Ketua Imigresen Songkhla, Bonpot Kittivira kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

“Sumbangan ini menunjukkan hubungan amat rapat antara rakyat kedua-dua negara berjiran. Kita diibarat seperti adik beradik,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan itu di Pejabat Imigresen di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan itu akan dihantar ke Kelantan dan negeri lain yang terjejas dengan banjir.

Bonpot dalam ucapannya berkata anggota Jabatan Imigresen Thailand di Songkhla amat prihatin dengan nasib mangsa di Malaysia dan berusaha mengadakan kempen mengutip sumbangan dalam kalangan mereka.

“Hubungan rakyat kedua negara terutama rakyat yang tinggal di kawasan sempadan adalah amat rapat,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.