Anggota dan pegawai RAMD dikerah lakukan kerja pembersihan di Terengganu

SEBAHAGIAN daripada anggota tentera dari Kor Armor Diraja dan Kor Kejuruteraan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta kakitangan Jabatan Kerja Raya bergotong royong untuk menyiapkan jambatan sementara Acrow700xs di Kilometer 9, Jalan Air Putih-Chukai di Bukit Machang Setahun, Air Putih selepas jalan itu runtuh akibat banjir teruk. – Foto BERNAMA

DUNGUN: Sebanyak 364 anggota dan pegawai Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) yang berpangkalan di Kem Sri Pantai Seberang Takir dikerah untuk membantu kerja pembersihan pasca banjir di negeri ini.

 

Pegawai Memerintah 18 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Tahir Symon berkata, program gotong-royong itu bersama agensi lain dimulakan sejak dua hari lepas.

 

Beliau memberitahu Bernama pihaknya bertumpu di semua daerah untuk membersihkan rumah ibadat, sekolah, premis perniagaan, kawasan kediaman dan pusat perubatan.

 

Sementara itu katanya laluan alternatif ke Kampung Shukor-Pasir Raja yang dibina Rejimen Askar Jurutera Diraja siap Ahad lalu. – BERNAMA

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.