Jumlah Eksport Bulan Oktober Susut 6.7 Peratus Berbanding Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Jumlah eksport pada bulan Oktober susut 6.7% kepada RM90.6 bilion tahun ke tahun berbanding RM97.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu menurut Jabatan Perangkaan.

Semua produk utama menyebabkan penurunan.

Petroleum mentah, yang menyumbang 2.1% kepada jumlah eksport, jatuh RM1.9 bilion kepada RM1.9 bilion berikutan pengurangan dalam kedua-dua volum eksport (-40.8%) dan nilai purata seunit (-16.4%), keluaran petroleum bertapis merosot RM1.8 bilion kepada RM4.9 bilion berikutan penurunan dalam kedua-dua nilai purata seunit (-16.3%) dan volum eksport (-13.0%).

Barangan elektrik dan elektronik (41.3% daripada jumlah eksport), menurun RM1.2 bilion (-3.2%) kepada RM37.4 bilion; gas asli cecair menurun RM745.5 juta atau 17.1% kepada RM3.6 bilion berikutan penurunan dalam nilai purata seunit (-19.0%) walaupun volum eksport meningkat 2.4%; minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.2% daripada jumlah eksport), merosot RM572.5 juta (-9.3%) kepada RM5.6 bilion.

Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM354.0 juta disebabkan oleh penurunan dalam kedua-dua volum eksport (-5.5%); kayu dan hasil keluaran kayu menurun RM84.6 juta kepada RM2.1 bilion; dan getah asli (0.3% daripada jumlah eksport) menurun RM14.7 juta atau 4.7% kepada RM300.0 juta disebabkan penurunan dalam volum eksport (-6.6%) walaupun nilai purata seunit meningkat 2.1%.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dua destinasi utama eksport Malaysia bagi bulan Oktober 2019 adalah Singapura (15.4% daripada jumlah eksport) dan China (15.0% daripada jumlah eksport).

Eksport ke Singapura bernilai RM13.9 bilion mencatatkan peningkatan sebanyak RM550.0 juta (+4.1%) berbanding setahun yang lalu.

Berasaskan tahun ke tahun, import menurun RM7.0 bilion atau 8.7% daripada RM80.3 bilion.

Kesemua kategori utama import mengikut klasifikasi pengguna akhir & kategori ekonomi umum mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, eksport ke China bernilai RM13.6 bilion merosot RM1.7 bilion (-11.0%) berbanding bulan Okober 2018. jumlah eksport), menurun RM540.0 juta atau 48.6% kepada RM572.2 juta. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.