VIDEO: YB Jelutong Boleh Jadi Menteri, Jangan Jadi ‘Tukang Pukul’ – Shahidan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim secara sinis mengingatkan semua ahli sidang dewan supaya tidak menyimpan dendam terhadap pembangkang.

Beliau turut menyampaikan harapannya supaya pihak menteri dapat menjawab soalan dan menjalankan tugas dengan baik.

Shahidan turut memuji Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen itu tidak menyimpan dendam terhadap BN serta telah menjalankan tugas dengan baik sewaktu menjadi pembangkang, dan sebagai kerajaan.

“Macam Jelutong, walaupun perangai macam yang lama sedikit, tapi dia moving forward dia boleh datang kawan dengan kita.

“Jadi saya harap jangan Yang Berhormat Jelutong jadi ‘tukang pukul’ sampai bila-bila, dia kena jadi orang yang arif dan bijaksana macam tuan hakim, lama-lama jadi Menteri lah”, sindirnya. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.