Tiada Lagi Diskaun Untuk Peminjam PTPTN Mulai Januari

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, tiada lagi diskaun bagi peminjam PTPTN yang mahu membayar sekaligus.

Perkara itu dikatakan sendiri oleh Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan hari ini yang berkata diskaun akan berkhir pada 31 Disember ini dan pembayaran mandatori daripada majikan bakal bermula Januari nanti.

“Sebelum ini, dari tahun 2012 ada diskaun sama ada 10 peratus atau 15 dan 20 peratus, tawaran itu akan berakhir pada 31 Disember.

“Jadi mana-mana yang rasa ada kemampuan bayar keseluruhan rebutlah peluang ini sebab tahun depan sudah tiada.

“Tahun depan jadi mandatori kalau gaji sikit kita potong sikit, jadi tidak lagi potongan,”katanya ketika sidang media.

Terkini, katanya seramai 225,000 peminjam dikenalpasti akan bebas daripada pembayaran balik pinjaman kerana berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Terdahulu, beliau berkata, PTPTN sedang bekerjasama dengan enam agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Akauntan Negara, Urusan Gaji Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran peminjam dan majikan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.