VIDEO: Sivarraajh Dihalau Speaker Keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands C Sivarraajh hari ini dihalau keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker yang mencurigai kedudukan terkininya selepas keputusan mahkamah baru-baru ini bahawa keputusan PRU-14 yang lalu terhadap kemenangannya di kerusi itu terbatal.

“Ini perkara penting sebab saya tidak mahu perkara ini dijadikan sebagai suatu precedent untuk masa akan datang,” kata Mohamad Ariff Md Yusof

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP pada pilihan raya yang lalu, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Sivaraajh yang juga adalah naib presiden MIC.

Bagaimanapun, Sivarraajh mempertahankan kehadiran beliau dengan alasan Mahkamah Tinggi belum menghantar notis kehakiman kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands telah dikosongkan.

“Jadi saya menghormati proses perundangan. Saya dah periksa dengan pakar (peguam) saya, selagi Mahkamah Tinggi tak hantar notis kehakiman kepada Speaker untuk memaklumkan bahawa kerusi Cameron Highlands telah dikosongkan, saya masih jadi ahli parlimen, saya masih boleh hadir dewan.

“Jadi saya dah periksa tapi saya rasa apa Jelutong (RSN Rayer) itu buat saja nak memalu-malukan, tunjuk kuasa dia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sivarraajh berkata, beliau ingin berjumpa Speaker untuk menjelaskan kehadirannya hari ini.

Terdahulu ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mendakwa Sivarraajh tiada hak lagi untuk berada di dalam Dewan selepas kerusi Parlimen itu dikosongkan.-SuaraTv

One thought on “VIDEO: Sivarraajh Dihalau Speaker Keluar Dewan Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.