Singapura Ugut, Guna Ketenteraan Terhadap Malaysia

SHAH ALAM – Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan mendakwa Malaysia telah bertindak ‘melanggar kedaulatan’ wilayahnya apabila berhasrat memperluaskan had pelabuhan di Selat Johor.

Dalam satu kenyataan dari Kementerian Pengangkutan negara itu, Khaw berkata rancangan untuk memperluaskan had pelabuhan tersebut disifatkan sebagai menceroboh perairan wilayah Singapura.

Malah Khaw sendiri mengugut akan menggunakan angkatan bersenjata dari Angkatan Laut Singapura terhadap Malaysia jika pencerobohan itu berlaku.

“Singapura telah menyampaikan nota bantahan berikutan pencerobohan kapal-kapal dari Malaysia yang melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tentera Laut Singapura dan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura sentiasa mengawal kedaulatan perairan wilayah republik Singapura sepanjang masa,”  kata Khaw.

“Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan dan kegiatan tidak dibenarkan di perairan kita,” katanya dipetik kenyataan tersebut.

Khaw juga juga menyalahkan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, kerana ‘mengabaikan’ bantahan mereka.

“Menteri Anthony Loke memberitahu saya ia adalah langkah kementerian luar negeri, dan kementerian mereka akan memberi maklum balas kepasa kami. 

“Namun, masih tiada maklum balas sebaliknya mereka meningkatkan tindakan dengan menerbitkan satu pekeliling pelabuhan mengenai sempadan baru mereka. Jadi kami mengeluarkan yang kedua,” katanya. 

Pertikaian perairan itu tercetus susulan Malaysia semalam menyatakan hasrat mahu menuntut semula hak mengendalikan ruang udara di selatan Johor secara berperingkat bermula tahun hadapan.  -SuaraTv 

2 thoughts on “Singapura Ugut, Guna Ketenteraan Terhadap Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.