Projek Solar Terbesar Malaysia Mula Operasi

KUALA LUMPUR: Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor sudah mula beroperasi dan menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid nasional pada tengah malam 23 November lalu.

LSS terbesar pertama negara, di kawasan seluas 98 hektar itu menjana elektrik menggunakan 230,000 panel solar.

Penjanaan dengan kapasiti 50MWac meningkatkan kapasiti RE TNB ke grid nasional kepada 73.2 MW sejajar agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yan g lebih mesra alam.

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dimenangi secara bidaan kompetitif bernilai lebih RM300 juta itu, dibangunkan oleh TNB Sepang Solar Sdn Bhd (TSSSB), sebuah anak syarikat milik penuh TNB mulai tahun lalu.

LSS itu mencapai tarikh awal operasi (IOD) dengan penjanaan awal sebanyak 2.4 MW, Oktober lalu.

Mula tugas LSS berkenaan menyumbang kepada usaha kerajaan menuju sasaran penjanaan 20 peratus daripada sumber RE menjelang 2030.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat komited mendukung usaha menyasarkan sumbangannya terhadap kapasiti penjanaan daripada RE sebanyak 1,700MW menjelang 2025. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.