Netizen ‘Sekolahkan’ Intan Najwa Gara-Gara Tak Tahu Isi Minyak Kereta

KUALA LUMPUR – Gara-gara perkongsian melalui Instagram (IG) Story mengenai insiden tidak tahu mengisi minyak kereta, pelakon Intan Najuwa teruk dikecam.

Intan mendakwa hidupnya ‘huru-hara’ apabila pembantu peribadinya bercuti sehinggakan banyak rutin harian jadi kelam-kabut termasuk mengisi petrol untuk kenderaan.

“Hari ini hidup saya sangat huru-hara. Saya nak isi minyak (kereta) pun tak tahu macam mana… Teruknya hidup ya Allah,” katanya melalui IG Story.

Luahan Intan pantas menarik perhatian netizen malah dikongsi ramai pengikut. Ada yang menganggap pelakon itu lucu dan tidak kurang juga yang mengkritik dirinya mengada-ngada.

Malah, netizen mencadangkan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu membuat pencarian di Google mengenai cara-cara mengisi minyak.

“Buka YouTube… Cari ‘cara isi minyak full tank’. Sekarang semua maklumat ada di hujung jari,” kata salah seorang netizen melalui komennya.

Namun, tidak kurang juga menyifatkan Intan terlalu manja dan sepatutnya, gadis matang sepertinya tahu melakukan perkara mudah seperti mengisi minyak kereta. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.