Menguap Bukan Tanda Mengantuk Dan Letih!

KUALA LUMPUR – Menguap, sering dikaitkan dengan mengantuk dan keletihan yang tidak boleh dielakkan.

Namun nyata ianya tidak benar, sebaliknya menguap ini adalah satu proses penyejukan otak, menurut ahli psikologi dan penyelidik antarabangsa Andrew Gallup.

“Jadi, kita sebenarnya menguap bukan tanda kita letih atau kebosanan. Secara teknikalnya, jika tubuh dan kawasan tengkorak anda lebih panas daripada biasa, ia akan menguap secara automatik untuk mengeluarkan haba

“Apabila anda menguap, rahang yang terbuka luas meningkatkan peredaran darah ke tengkorak dengan mengepam darah keluar dari otak,” katanya.

Dengan menguap katanya udara segar akan dapat memasuki rongga oral dan hidung seterusnya ke otak.

“Kedua-dua proses ini mengeluarkan haba ibarat sebuah radiator yang menyejukkan enjin kereta,” tambahnya.

Satu kajian saintifik terbaru turut mendapati tempoh anda menguap berhubungkait dengan jisim otak anda dan bilangan neuron dalam otak.

Kajian yang diterbitkan dalam Biology Letters itu mengkaji pelbagai spesies menguap termasuklah cimpanzi, kucing, anjing, gorila, musang, unta, kuda, tikus dan sebagainya. Setiap aktiviti menguap diperhatikan dan diukur tempoh masanya.

Manusia menguap paling panjang berbanding spesis lain kerana otak kita mempunyai jisim yang paling berat iaitu kira-kira 1.4 kilogram. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.