Lakar Sejarah, Najib Akan Sertai Himpunan ICERD

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan turut serta dalam himpunan aman membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu ini. 

Perkara itu disahkan oleh bekas  Pegawai Khasnya, Isham Jalil menerusi Facebook. 

Justeru beliau mengajak peserta himpunan berkuml di Balai Polis Dang Wangi pada 12:30 tengah hari.

“Datuk Seri Najib akan turun padang di himpunan aman bantah ICERD pada hari Sabtu 8 Disember 2018 ini. 

“Kepada sahabat-sahabat yang ingin berarak bersama-sama Dato’ Seri Najib, jemput berhimpun di parking lot di hadapan Kompleks Campbell/Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12:30PM. Terima kasih. Bersama kita melakar sejarah,” katanya.

Terdahulu PAS dan UMNO mengesahkan himpunan itu akan tetap diadakan meskipun kerajaan telah memaklumkan tidak akan meratifikasi ICERD. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan himpunan itu namun mengingatkan agar tidak melanggar peraturan dan undang-undang. 

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatkan agar peserta himounan menjaga tutur kata semasa himpunan agar tidak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.