Kecewa Harga Sawit Jatuh, Pekebun Cadang Tanam Pokok Ketum

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menerusi media sosial yang menjual kelapa sawit sebagai cara mencari pendapatan membuat keputusan untuk menanam ketum.

Keputusannya ini dibuatnya selepas kecewa dengan kejatuhan secara konsisten harga kelapa sawit semenjak awal tahun sehingga sekarang.

“Ini kes kelapam sawit dah jtuh harga sngat jadi kita buang kelapa sawit ni daan mungkin kita tanam benda lain, ketum atau sebagainya

“Kita akan buang semuanya,” katanya menerusi sebbuah video berdurasi 0:51 saat.

Video itu menunjukkan jentera atau bulldozer yang memusnahkan tanamannya.

Pada Ogos yang lalu Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata harga minyak sawit tempatan merosot disebabkan lebihan bekalan komoditi itu di seluruh negara.

Selain faktor lebihan bekalan, katanya Malaysia juga berdepan tindakan Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit tempatan dan perlu bersaing dengan Indonesia yang memasarkan komoditi itu pada harga lebih rendah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.