Exco Perak Kena Tampar, Kata Adun Slim

SHAH ALAM – Seorang Exco Perak dikatakan ditampar di hadapan orang ramai di Taman Canning, Ipoh, sebentar tadi.

Menulis di Facebook, ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib bagaimanapun tidak menyatakan exco yang dimaksudkan beliau.

“Dengarnya ada Exco Perak kena penampar buaya jap ni (tadi) depan orang awam di Canning Garden,” tulis ADUN UMNO itu di Facebook beliau. 

Bagaimanapun belum ada mana-mana portal berita yang melaporkan mengenai perkara itu.

Susulan status tersebut, ada di antara pengikut beliau membuat spekulasi berkemungkinan Exco yang dimaksudkan tersebut adalah Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri, Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz baru-baru ini terpalit dengan kontroversi rancangan menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

ADUN Tebing Tinggi itu dikatakan menjadi dalang untuk menjatuhkan Ahmad Faizal menerusi undi tidak percaya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.