Apa Salahnya Pegang Tangan Vladimir Putin dan Imran Khan? – Siti Hasmah

KUALA LUMPUR – Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali semalam menawan hati pendengarnya dengan cerita tentang mengapa dia memegang tangan 2 lelaki segak, iaitu Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Isteri perdana menteri itu berseloroh mengatakan menantunya berkata dia berasa “malu kerana saya cuba menggoda lelaki-lelaki itu”.

Beliau berkongsi cerita tentang Putin, yang mengunjungi rumah mereka semasa lawatan rasminya ke Malaysia.

“Putin seorang pemimpin ternama di dunia datang ke rumah kami,” katanya di majlis penyerahan cek di Hospital Global Doctors semalam.

Siti Hasmah berkata Putin mengunjungi mereka ketika mereka dipinggirkan dan tidak diundang ke mana-mana majlis rasmi sebelum ini.

“Putin sendiri berkata dia mahu melihat Dr Mahathir. Jadi Dr Mahathir pergi ke hotel untuk berjumpa, tetapi Putin berpendapat, walaupun sudah berjumpa di hotel, dia mesti datang ke rumah kami.

“Bagaimana perasaan anda apabila seorang yang terkenal seperti Putin, perdana menteri Rusia, datang ke rumah anda?” katanya ketika bercerita kepada hadirin yang hadir semasa majlis penyampaian cek di Hospital Global Doctors.

Lain-Lain Berita Menarik;-

Video: “Suami Larang Saya Bertudung” – Dr Siti Hasmah

Video: Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir

Video: Penjaga Pintu Syurga Halau Najib Masuk Ke Neraka, Kata Mahathir

Siti Hasmah berkata Putin membalas dengan mempelawa mereka ke rumahnya apabila dia dan Dr Mahathir berkunjung ke Moscow.

Beliau menambah isteri Putin seorang wanita yang sangat baik.

Pada Sidang Kemuncak Asean di Singapura November lalu, Siti Hasmah berkata Putin berkeras mahu bertemu mereka di sana, dan bukannya di Papua New Guinea ketika mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) berlangsung, “kerana akan ada lebih banyak masa untuk berbual”.


Siti Hasmah tersenyum sambil memegang tangan lagenda kriket, Imran Khan.

“Dia tinggal di hotel yang sama dengan kami. Selepas berjabat tangan dan berjumpa dengannya, kami sudah tentu mahu mengambil gambar dengannya bukan?

“Saya perlu pegang tangan seseorang. Jadi saya pegang tangannya. Mengapa awak iri hati? Apa salahnya,” katanya disambut tawa para hadirin.

Siti Hasmah kemudian berkongsi cerita tentang Imran semasa lawatan rasminya ke Malaysia bulan lalu.

Beliau berkata semasa makan tengah hari, Imran, yang ditemani isteri, sangat ramah.

“Selepas itu, Dr Mahathir minta diaturkan satu sesi bergambar.

“Jadi kami ambil tempat kami. Saya bertanya bolehkah saya pegang tangan? Dia jawab boleh.

“Jadi saya pegang tangannya. Saya pegang tangannya kerana dia seorang lagi anak yang ternama yang datang ke rumah kami.

“Apa salahnya? Awak cemburu?” katanya, menyebabkan hadirin tertawa lebih kuat lagi.

Siti Hasmah kemudian memberitahu hadirin bahawa dia sebenarnya tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas kerana penglihatannya yang semakin lemah. – FMT

Lain-Lain Berita Menarik;-

Najib, Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup, Kata Dr Mahathir

Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga Di MAHA 2018

GST: BN Terbukti Tak Bersalah, Najib Ucap Terima Kasih Jabatan Audit Negara

Siti Kassim Tewas, 8 Calon Anti ICERD Menang Jawatankuasa Majlis Peguam

One thought on “Apa Salahnya Pegang Tangan Vladimir Putin dan Imran Khan? – Siti Hasmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.