VIDEO: Adib Beri Isyarat ‘Thumbs Up’ Ketika Najib, Rosmah Melawat

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gembira apabila Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang parah diserang perusuh dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu, memberi reaksi yang tidak diduga ketika menerima kunjungan beliau hari ini.

Kata Najib, Muhammad Adib boleh mengangkat tangan dan memberi isyarat ‘thumbs up’ buat kali pertama sejak menerima rawatan lebih seminggu lalu.

“Dia sedar. Dia tahu saya datang melawatnya bersama isteri saya. Dan dia boleh mengangkat tangan menunjukkan isyarat ‘thumbs up’ untuk pertama kalinya. 

“Jadi hari ini merupakan hari yang paling baik sekali dari segi proses pemulihan,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba itu di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Najib turut ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar ketika melawat Muhammad Adib di Facebook.

“Saya berdoa agar keadaannya akan bertambah baik lagi, InsyaAllah,” kata Najib lagi. -SuaraTv 

One thought on “VIDEO: Adib Beri Isyarat ‘Thumbs Up’ Ketika Najib, Rosmah Melawat

  • December 6, 2018 at 3:42 pm
    Permalink

    Patut diberi rihat cukup?? Bukan pelawat datang tk henti?? Tk usah beri peluang pelawat kecuali keluarga ?? Sibuk2 sgt buat apa menyusahkan!! Supaya dia cepat pulih..!! Hangpa sibuk menyemak je?? Usah raih simpati buang masa??? Salah tetap hukum?,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.