Video: PICOMS Sedia bantu Pengunjung PAU2017

KUALA LUMPUR – Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) siap siaga bantu pengunjung yang hadir ke perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017).

Penglibatan PICOMS bagi PAU2017 ini merupakan pertama kali dilakukan dengan menyediakan bantuan perubatan buat pengunjung yang hadir.

Menurut CEO PICOMS, Datuk Dr hj Mohd Zubir  Sheikh Saad, penglibatan PICOMS dalam PAU kali ini disebabkan penglibatan mereka dalam program – program jelajah di kampung – kampung.

“Sebelum ini PICOMS melakukan program turun ke kampung yang dinamakan sebagai ‘Jelajah Kampung’, dan ini merupakan salah satu aktiviti pemasaran.

“Disitu kita menjalankan pemeriksaan di centre dan pada masa yang sama kita menjalankan pemeriksaan dari rumah kerumah,” katanya.

PICOMS telah menempatkan pasukan bantuan di setiap aras bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku, namun sekiranya kes kritikal brlaku, pasukan perubatan bersedia untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Sekiranya berlaku kecemasan, kita ada ‘Mobil Team’ yang akan bertindak dan akan di bawa ke sini dan kemudian akan diperiksa oleh pegawai perbuatan yang bertugas.

“Sekiranya kes kritikal kita akan kita akan bawa ke hospital terdekat iaitu Hospital Kuala Lumpur,”ujarnya.

Setakat hari ini, beberapa kes kecil dilaporkan dan dapat diselesaikan dengan mudah oleh pasukan perubatan PICOMS.

“Setakat ini, masalah kesihatan yang kita terima adalah masalah bisa sahaja seperti sakit di kaki, sakit kepala dan belum lagi ada kecederaan yang kritikal,”katanya.

Untuk persediaan PAU2017 ini, seramai 120 orang dan pembahagian mengikut tugasan telah dilakukan.

“Terdiri lebih kurang 120 orang terdiri daripada Mobil Team 30 orang, di sick bay kita ada 14 orang dan 16 orang Para medic serta pelajar- pelajar dari PICOMS sendiri,”ujarnya.

Bagi peserta yang datang ke sini saya nasihatkan supaya tahu tahap kesihatan masing-masing supaya tidak mengalami apa-apa masalah.

Pasukan Bantuan perubatan PICOMS akan berada di sekitar PWTC daripada jam 7 pagi sehingga 11 malam sepanjang PAU2017 berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.