Lelaki Yang Digelar `King Cobra’ Sejak Usia 15 Tahun Maut Dipatuk Ular Peliharaan

Ular merupakan antara haiwan yang paling berbahaya di dunia. Binatang ini bisa menakluk mangsanya yang jauh lebih besar. Binatang ini akan melilit mangsa dan mematuknya.

Ini yang berlaku kepada seorang `pawang’ ular, yang digelar sebagai king cobra dari Sorgogon, Filipina. Dia meninggal dunia akibat dipatuk ular peliharaannya sendiri di bahagian tangan kirinya.

Elies ‘Peter’ Lenturio yang menakluk ular sejak berusia 15 tahun, ketika itu mahu membuka kotak di dalam motorsikalnya dan pada waktu itu ada seekor ular yang tersepit di dalamnya.

Ular berkenaan yang kesakitan telah menggigit tangan Elies. Dia yang marah telah membunuh ular terbabit.

Elies menolak untuk dihantar ke hospital sebaliknya dia keluar minum dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dia kemudiannya tertidur.

Keesokannya keluarga Elies menemuinya dalam keadaan mulut berbuih dan disahkan meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.