Bekas Presiden Yaman Terbunuh Ketika Cuba Larikan Diri

SANAA – Bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh disahkan terbunuh, ketika cuba melarikan diri ke wilayah Marib, lapor agensi berita Xinhua.

Seorang pegawai kanan Houthi yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pada Isnin, turut terbunuh anak saudaranya dan pegawai kanan parti pimpinan bekas presiden itu.

“Saleh dan Penolong Setiausaha Agung parti Yasser al-Awadhi dibunuh pada pagi Isnin ketika melalui daerah Khawlan di pinggir selatan Sanaa, manakala anak saudara Saleh, Tarek terbunuh di rumahnya di Haddah di ibu kota Sanaa,” kata pegawai kanan itu.

Tambah pegawai itu, Setiausaha Agung parti Saleh Arif al-Zuka turut terbunuh di Sanaa.

Pertempuran dan keselamatan di Sanaa serta wilayah sekitarnya mulai reda.

Sementara itu, pesawat tempur pasukan bersekutu yang diterajui Arab Saudi masih kelihatan berlegar-legar di ruang udara di bandar berkenaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.