Permaisuri Johor Sifatkan Aung San Suu Kyi, Pemimpin Yang Kejam

KUALA LUMPUR – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyifatkan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi sebagai seorang pemimpin yang kejam.

 

Baginda melalui laman Facebook bertitah, terkejut dengan tindakan Suu Kyi yang dilihat ketawa apabila isu mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan juta tentera Myanmar yang membunuh, membakar, merogol dan menindas rakyat minoriti Rohingya di wilayah Rakhine dibangkitkan.

 

“Saya pernah memberikan penghormatan tertinggi kepadanya (Suu Kyi) kerana menulis dan bercakap mengenai keamanan dan kebebasan, tapi (sekarang) tidak lagi.

 

“(Rakaman) video ini – (termasuk) tindakannya yang lain – membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang cukup kejam apabila ketawa ketika (isu) mengenai pembunuhan etnik minoriti di negaranya (dibangkitkan),” titah baginda yang turut memuatnaik rakaman ucapan Suu Kyi ketika menghadiri satu forum di Singapura, Khamis lalu.

 

Tinjauan SuaraTV turut mendapati rata-rata penguna media sosial menyokong titah baginda itu manakala sehingga kini posting tersebut telah di kongsi hampir 3 ribu penguna media sosial dengan jumlah ‘like’ melebihi 10 ribu orang.

 

Suu Kyi yang juga merupakan Penerima Nobel Keamanan dikecam kerana mengambil pendekatan mendiam diri ke atas isu yang melibatkan perihal kemanusiaan dan hak asasi manusia itu.

 

Kerajaan Malaysia sebelum ini turut mengutuk tindakan kerajaan Myanmar sambil menegaskan isu Rohingya merupakan isu kemanusiaan serta menjadi isu keselamatan bagi Malaysia. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.