Vape, Sisha Haram Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Panel Pakar Syariah (PPS) mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan sisha bagi umat Islam di Pulau Pinang.

 

Mufti negeri itu, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu disepakati PPS sejajar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Ogos lalu.

 

“Kita haramkan vape mengikut pandangan Islam serta kerana ia boleh menjejaskan kesihatan individu yang menghisapnya.

 

“Pengharaman itu juga kerana menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam,” katanya, lapor Metro.

 

Katanya, vaping melibatkan proses pengewapan cecair campuran propilena glikol atau gliserin sayuran atau kedua-duanya dengan infusi nikotina pada tahap kemanjuran 6mg, 12mg, 18mg dan 24mg.

 

Nikotina dikaitkan dengan penyakit jantung dan saluran darah, kecacatan bayi sewaktu lahir, barah dan ketagihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.