Tunku Abdul Jalil Nazak

KUALA LUMPUR – Anakanda keeempat Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim berada dalam keadaan nazak sejak petang tadi.

 

Walaupun ada sumber mengatakan baginda sudah mangkat, bagaimanapun pihak Suara TV masih mendapatkan kepastian daripada pihak istana.

 

Sebelum ini, pelbagai spekulasi tentang keadaan kesihatan Tunku Abdul Jalil diperkatakan dan difahamkan putera keempat itu dirawat di salah sebuah hospital di Singapura.

 

Bagaimanapun, spekulasi itu disangkal sama sekali oleh baginda menerusi laman facebooknya.

 

Terdahulu, pengguna laman sosial yang bersimpati dengan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hastag #prayForTunkuJalil, dengan peminat-peminat bolasepak negeri itu memasang kain rentang bertuliskan hastag itu di pagar salah sebuah stadium ketika pasukan JDT bermain.

 

Laporan menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.