Timbalan Menteri Luar Qatar Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdullah bin Mutib Al-Rumaihi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari bermula hari ini sehingga 8 Disember.

 

Ia adalah sebahagian daripada siri lawatan beliau ke Asia Tenggara.

 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan.

 

“Lawatan 5 hingga 8 Disember ini dilihat akan mengukuhkan dan meningkatkan lagi hubungan Malaysia-Qatar,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.