Tengku Puan Pahang Sahkan Anakanda Sultan Johor Mangkat

KUALA LUMPUR – Berita mengenai kemangkatan anakanda keempat Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim terjawab menerusi laman instagram yang dikongsikan ibu saudara baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar.

 

Menerusi laman yang dimuat naik itu, memberikan maklumat sahih berkenaan kemangkatan Tunku Abdul Jalil 25, di wad diraja Hospital Sultanah Aminah jam 7.10 malam, tadi.

 

“Inna lillah wa inna ilaihi rojiun….. semoga Allah SWT cucuri rahmat keatas roh anak saudara saya Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah… alfatihah….,”tulisnya.

 

Menurut sumber istana, jenazah Almarhum akan dibawa balik ke Istana Besar dan akan disemadikan dimakam DiRaja, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, selepas zohor, esok.

 

“Mohon persiapan dari segi keselamatan dan lalulintas di kedua-dua tempat,”tulis kenyataan itu.

 

Sebelum ini, pelbagai spekulasi tentang keadaan kesihatan Tunku Abdul Jalil diperkatakan dan difahamkan putera kelima itu dirawat di salah sebuah hospital di Singapura.

 

Terdahulu, pengguna laman sosial yang bersimpati dengan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hastag #prayForTunkuJalil, dengan peminat-peminat bolasepak negeri itu memasang kain rentang bertuliskan hastag itu di pagar salah sebuah stadium ketika perlawanan pasukan JDT. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.