Tebing Runtuh: 41 Penduduk Diarah Berpindah

KUALA LUMPUR – Sejumlah 42 orang penduduk Taman Tan Yew Lai di Jalan Klang Lama diarah berpindah apabila tembok penahan tebing berhampiran kediaman mereka runtuh petang semalam akibat hujan lebat sejak beberapa hari.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt dan Arifai Tarawe berkata, penduduk terlibat adalah dari 10 buah rumah di Jalan Dato Haji dan Jalan Bunga Tanjung di Taman Tan Yew Lai di situ.

 

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang apabila tembok di belakang kawasan perumahan Jalan Dato Haji runtuh dan membahayakan penduduk 57 rumah berhampiran di kawasan Jalan Bunga Tanjung.

 

“Setakat ini keadaan terkawal dan pihak berkuasa tempatan sedang memantau keadaan runtuhan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Tinjauan Bernama mendapati anggota-anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di lokasi untuk membuat pemantauan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.